Tuesday, October 27, 2015

Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut


  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih belum selesai ceritera tentang Kacang Tumbuk. Semalam resepi kedua menggunakan kacang tumbuk. Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut in a syrup. Sebenarnya ia menggunakan bahan asas yang sama dengan Muah Chee iaitu Tepung Beras Pulut dan Kacang Tumbuk.

Resepi ini lebih kurang seperti kita menyediakan kuih Buah Melaka atau Onde onde. Cara penyediaannya pun lebih kurang sama, cuma inti Buah melaka ialah gula kabung/gula melaka tetapi untuk resepi ini kita gunakan kacang tumbuk. Sementara gula kabung atau gula melaka kita jadikan ia sebagai sirap.



Bahan bahan
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air suam
Secubit garam
Kacang tumbuk secukupnya

Bahan untu sirap
1 ketul gula melaka
1 cawan air
3 hiris halia tua
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Campurkan tepung beras pulut, tepung beras dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh sama seperti untuk membuat buah melaka.
2. Ambil sedikit doh, isikan dengan kacang tumbuk dan seal doh menjadi bebola. Buat hingga doh habis.
3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh dan biarkan doh timbul di permukaan. Angkat dan masukkan ke dalam bekas lain yang berisi air biasa.
4. Masak semua bahan untuk sirap gula melaka hingga mendidih dan tapiskan.
5. Hidangkan bebola tepung beras pulut bersama sama sirap gula melaka dan taburkan kacang tumbuk.