Tuesday, June 24, 2014

Kek Chiffon Pulut Hitam



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Agaknya dimana silap pada kek chiffon pulut hitam saya ini? Sepatutnya ia bewarna kehitaman tetapi kek saya lebih kepada kehijauan. Seakan akan Matcha Chiffon Cake. Rasanya tak salah letak tepung...

Ingatkan kek chiffon saya tak menjadi memandangkan telur putih yang saya pukul tidak mahu kembang atau soft peak. Selalunya sekejap saya tetapi semalam, agak lama juga namun masih tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin disebabkan telur yang agak lama.

 

 Resepi dari blog CMG rasanya, tetapi saya copy dari blog Syapex. Saya kurangkan penggunaan gula. Walaupun sudah dikurangkan, masih agak manis lagi.

Nanti bila lapang sikit baru saya akan update resepinya. So for the mean time, sila menjamu mata ye...




Bahan A
4 biji kuning telur
35 gms gula halus ( saya guna 20 gms )
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gms tepung gandum *
50 gms tepung pulut hitam *
1/2 sudu teh Double Acting Baking Powder *
Satukan semua bahan bertanda * dan ayak
75 ml santan pekat
2 sudu besar minyak jagung

Bahan B
4 biji putih telur
65 gms gula halus ( saya guna 50 gms )
1/2 sudu teh garam

Cara cara
1. Pukul ringan kuning telur dan gula. Masukan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak tadi. Kemudian masukkan perlahan lahan pati santan dan minyak jagung. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit hingga menjadi kental.
3. Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung dan gaul dengan kaedah kaup balik. 
4. Tuangkan ke dalam acuan kek chiffon. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 min. Kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar kek hingga masak.
5. Keluarkan dari oven, terbalikkan acuan kek dan biarkan hingga sejuk.

 

6 comments :

Roziah @ Cie said...

first time tengok kek pulut hitam. selalu makan bubur pulut hitam. which is my favourite bubur. menarik jugak kek pulut hitam nih ek. terima kasih atas perkongsian resepi. :)

kakrose said...

Pulut hitam boleh juga buat kek ye.ingatkan buat buhur dan koci jer.
nmpk sedap..nk buat belum tentu jadi..

hazila said...

Roziah,
Actually ada jual tepung pulut hitam. Biasanya orang guna untuk buat kuih koci dan sebagainya.

hazila said...

Kak yon,

Itulah kan... cuma kaler chiffon saya ni tak hitam la pulak.

Roziah @ Cie said...

oh guna tepung pulut hitam. ingatkan guna pulut hitam tuh betul. silap paham. hihi.

MamaFaMi said...

Salaam Zila...

Masa baca apa yang Zila tulis, mama dah tergelak dah. Sebab masa baca tajuk, chiffon pulut hitam, bila tengok gambar, hijau pulak. Then baca pulak apa yang Zila tulis... haaa betullah mata mama nampak hijau. Kotlah mama dah rabun warna ke.. hihihi... alhamdulillah masih boleh pakai lagi mata tua ni...

Mama pun dah lama tak buat chiffon ni. Dapnya kalau dapat sepiring...