Monday, June 23, 2014

Homemade Mutton Burger




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiii panas betul sekarang ini. Lepas mandi pun boleh berpeluh seperti baru turun naik tangga berkali kali. Sebab itu memang malas nak keluar ke mana mana. Rasa nak duduk depan kipas yang berpusing dengan lajunya.

Baru saja nampak rumput di padang sebelah rumah menghijau, sekarang sudah mula kering dan bertukar warna.

 Semalam plan nak masak makan tengahari tetapi my husband ajak makan di luar. So balik makan, singgah ke pasaraya berdekatan dan saya beli mutton untuk buat burger. Boleh juga mengunyah sambil tengok siaran ulangan perlawanan bolasepak ke atau rancangan lain yang menarik. Cuma mutton patties yang saya buat sendiri, yang lain saya beli. Malas pula nak buat bun sendiri.

Mutton Patties

Bahan bahan
300 gms daging bebiri/kambing
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh lamb seasoning
1/2 cawan serbuk roti/breadcrumbs
2 sudu besar daun pasli - dicincang halus
1/2 labu bawang holland - dicincang dadu
2 biji telur

Cara cara
1. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Ambil adunan tadi, bulatkan dan leperkan kepada saiz yang sekata. Buat hingga habis.
3. Panaskan kuali leper, saya gunakan cast iron skillet, tuang minyak dan biarkan hingga minyak panas.
4. Letakkan mutton patties ke atas kuali tadi dan biarkan sehingga lebih kurang 5 minit sebelum di balikkan. Jangan balikkan dengan tergesa gesa supaya ia tidak pecah/hancur. Masak kedua dua bahagian lebih kurang 5-6 minit setiap bahagian.
5. Sediakan roti burger, hirisan timun, tomato, sos cili dan mayonnaise. Kalau suka boleh letakkan kepingan keju.
 

No comments :