Thursday, January 2, 2014

Chicken Curry Steamed Buns @ Pau




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pengunjung My Small Kitchen.

Semoga tahun 2014 akan membawa seribu satu harapan yang lebih baik dari tahun tahun sebelummya. Semoga kita sentiasa diberi rahmat dalam apa jua yang kita lakukan.

So pembuka tirai tahun 2014, saya menyajikan Pau Kari Ayam yang saya sediakan pada 01.01.04.
Sebenarnya dah lama my husband bagi hints yang dia teringin nak makan pau kari ayam tapi memandangkan mood nak main masak masak di dapur tidak berapa ada, saya diamkan dulu. Since semalam cuti umum dan sudah beberapa kali saya tangguhkan niat nak membuatnya, saya rajinkan diri buat pau ni. Itupun dah hampir pukul 10 malam baru siap.



Padahal bukannya susah sangat pun, yang agak susahpun masa nak sediakan intinya. Adunan doh boleh campak masuk Breadmaker, biar dia yang buat kerja. Dah siap, boleh terus buat kuih pau dan kukus. Siap untuk dijamah....



Untuk resepi ini saya gunakan tepung hongkong, dan alhamdulillah saya berpuashati dengan hasilnya walaupun tidaklah cantik macam pakar yang dah biasa buat bertahun tahun. Tapi untuk makan sendiri tu puaslah. Cuma nak kena practise lagi how to pleat the dough supaya nampak cantik seperti di kedai yang jual pau atau dim sum.


Resepi saya ambil dari No - Frills Recipes cuma saya tukar air dengan susu segar dan saya buat separuh dari adunan asal.

Bahan bahan untuk kulit pau

500 gms tepung Hong Kong / Tepung Pau
2 1/2 sudu teh yis kering
100 ml air suam
125 gms gula castor
5 sudu teh lemak sayuran / vege shortening
1/4 sudu teh garam
110-115 ml susu segar

Cara cara
1. Campurkan yis dengan air suam dan masukkan sedikit gula dan tepung hongkong. Kacau dan biarkan hingga ia berbuih.
2. Masukkan semua bahan ke dalam Breadmaker dan pilih setting doh. Biar hingga selesai.
3. Keluarkan doh dan tumbuk beberapa kali dan ambil sedikit doh anggaran 50 gm dan bulatkan.
4. Gunakan rolling pin, leperkan doh menjadi sedikit nipis dan masukkan inti, pleat the dough until it seal.
5. Biarkan kuih pau naik 1 kali ganda, panaskan kukusan, kukus hingga masak lebih kuran 10 minit.

Untuk inti pau pula, saya gunakan resepi my mom yang dia gunakan untuk buat karipap.

Bahan bahan
200 gms isi ayam - didadu kecil
2 biji kentang - didadu kecil
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu makan serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
Garam dan gula
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yg telah ditumbuk bersama sama dengan bancuhan serbuk kari hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air secukupnya.
4. Masak hingga kentang empuk dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga agak kering dan ketepikan.





4 comments :

MamaFaMi said...

Dap dap dapppp.... mintak seketul.. hihihi...

hazila said...

MamaFaMi,
Boleh je... jgnkan seketul, 2 pun takpe.

Rohah said...

gebusnye kak paunye...sedap tu berintikan curry

zila norazila said...

Tpung pau terperuk je kt umh nie..nnt nk cuba kak.