Tuesday, August 14, 2012

Sira Labu


Salam semua,


Pagi ini jalan dah semakin lengang, boleh melenggang kangkung datang kerja. Kalau tidak, rasa macam nak hentak kepala kat stereng kereta sebab sesak dan orang lain asyik nak potong queue.

Ok, hari ni saya buat tayangan Sira Labu yang saya buat semalam. Weekend lepas masa jalan jalan kat bazaar Ramadhan, ternampak sira pisang, nekbat dan yang seangkatan dengannya. Terasa rasa kat tekak  tapi tak beli pun.

Semalam, sebelum balik kerja saya singgah beli labu sebiji sebab terasa macam nak buat sira labu ataupun pengat labu. Yang mana datang dulu la kan...


Bahan bahan
1/2 biji labu - potong ikut segmenya dan kupas kulit. Rendam dalam air kapur lebih kurang 1 1/2 jam atau lebih.
2 helai daun pandan
1 genggam gula pasir
1 ketul gula melaka
1 cawan air
Beberapa biji bunga cengkih

Cara cara
1. Letakkan daun pandan di bahagian bawah/dasar periuk. Susun labu sambil taburkan gula pasir dan gula melaka.
2. Masukkan air dan bunga cengkih. Masak hingga labu lembut dan gula menjadi pekat sambil balik balikkan labu supaya sekata.
3. Tutup api bila labu sudah empuk dan gula menjadi pekat dan berkilat. Sejukkan sebelum dihidang.


6 comments :

Amie said...

Rajin Hazila buat sira labu... sedap ni tau, bonda mentua kakak kalau buat dia bubuh sedikit beras pulut... agaknya ada ke resepi bonda mentua Amie orang buat?

kasihredha said...

sedapppppp...terbaikk

Nuridah said...

amboi2 Zila sampai tk sempat kak Nur nk beri salam...terbeliak mata tengok...aduh2!!Cantik gambar dn nampak menyelerakan hidangan Zila tu...ish nk tutup mata nie...hehehe.

Qhaifa Nur said...

tak pernah makan....
nampak cukup sedappp.....

sudipVSsenduk said...

manis letting nampaknya..

zila norazila said...

zila x pandai btl nk buat sira labu nie..mkn jew pandai..he heee..cantik pic2 tue..suka tgk:)
samalah kita..2 tiga hari nie..lapang jew jalan..mmg sakit ati klu org main Q nie..