Saturday, November 5, 2011

Masak Lemak Nangka dan Kurau Masin


Selamat Menyambut Hari Raya Korban/Haji/Aidil Adha.


Mesti waktu sekarang kebanyakan para isteri sedang sibuk di dapur menguruskan apa yang perlu untuk juadah esok. Mungkin ada juga yang masih di dalam perjalanan pulang ke kampung, hati hati memandu. 

Tahun ini saya dan suami menyambut hari raya korban di Shah Alam. Suami agak sibuk dan kebetulan juga tidak berapa sihat, jadi dia keberatan nak memandu dalam kesesakan dan perjalanan yang agak jauh. Lagipun tak boleh sambung cuti, rasa macam tak berbaloi nak balik Perlis hari Sabtu, Ahad beraya dan Isnin balik Shah Alam semula. Penat badan pun tak hilang, hari Selasa dah nak kerja semula. Selama saya hidup, inilah kali kedua saya tak balik kampung beraya, pertama kali masa saya student hampir 20 tahun lepas.

Pagi tadi saya dan suami ke pasar mencari barang basah untuk dimasak sebagai juadah untuk esok. Punyalah ramai orang di pasar, rasanya ramai juga yang tidak pulang ke kampung. Tak banyak saya beli sekadar apa yang perlu saja. Lagipun hanya kami berdua, rasanya tak ada tetamu yang datang barang kali. Waktu saya menaip entry ini, jam menunjukkan waktu 4.30 pm, masih belum rebus ketupat atau buat rendang lagi. Sekejap lagi baru nak sinsing lengan di dapur. Rasa macam tak raya pulak.



Kalau nak dikira, rasanya dah lama saya tak masak untuk makan tengahari. Memandangkan hari ini cuti dan pagi tadi saya ke pasar, jadi tengahari tadi saya masak. My husband teringin nak makan sup gear box, so balik rumah terus rebus tulang. Kali ini saya tidak menggunakan pressure cooker sebab tulang tu agak besar. Tapi tidaklah terlalu lama sangat merebus, mungkin sebab lembu muda agaknya.

Selain sup gear box, saya masak Nangka Muda Masak Lemak Ciliapi dengan Ikan Kurau Masin. Saya dah beberapa kali masak menu ini so tak perlulah resepi lagi.

6 comments :

Amie said...

salam aidil adha Hazila... adoiii...selain lemak nangka kurau masin ,dia ada sebut pulak sup gear box! teringinlah pulak nak maka...

Ummu Ammar said...

Salam perkenalan hazila..

Jatuh cinta dengan blog kamu...banyak resepi yang menarik dan yummy2 utk dicuba. Saya nak tahu DSLR jenama apa yg awk guna utk rakam gambar resepi2 ni. Sangat "hidup"..seumpama hidangan di depan mata..

kasihredha said...

salam aidiladha hazila :)

hazila said...

Kak Amie,
Selamat Hari raya buat akak sekeluarga juga. Dua hari makan sup gear box, sampai sakit sakit perut.

hazila said...

Ummu Ammar,
Salam perkenalan dari saya juga, terima kasih sudi singgah. Saya guna Canon 500D + Macro lens.

hazila said...

Kasihredha,
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat akak sekeluarga juga.