Monday, August 15, 2011

Pengukur Kelapa


Pernah nampak Pengukur Kelapa?


Kalau anda berumur lebih kurang saya mesti pernah nampak pengukur kelapa ni. Mungkin dirumah nenek di kampung pernah atau masih ada menyimpan alat untuk mengukur kelapa secara manual ini. Cuma mungkin bentuk badannya sedikit berlainan. Tapi sekarang mungkin jarang orang menyimpan alat ini sebab lebih senang menggunakan mesin kelapa yang menggunakan elektrik. Dan lebih senang kalau beli saja kelapa parut atau santan dikedai.

Even saya pun lebih suka beli kelapa parut atau santan dikedai, mana la sempat nak memarut kelapa bila sampai rumah dah hampir pukul 7 setiap hari. Tapi satu hari tu saya terjumpa alat ini di sebuah kedai barangan dapur, terus terfikir nak membeli sekadar untuk buat koleksi atau sesekali boleh guna sebagai props.Mana lah tau kan, esok esok ada yang tak kenal pengukur kelapa, bolehlah saya tunjuk. Saya juga masih menyimpan sebuah seterika arang peninggalan dari aruah nenek suami saya rasanya. Agaknya esok boleh buka muzium barangan lama. 

6 comments :

ilahjy said...

salam..kak ilah ada 1 koleksi ni tapi mmg kak gunakan masa mula2 kawen dulu. sampai anak ke 3.pastu beli mesin kelapa, dah simpan kukur tu dlm tong2. tapi kak ilah punya boleh dilipat mcm kotak.. matanya masih tajam sampai sekarang..dah 23thn kawen..

hazila said...

WS kak ilah,
Yang ini pun boleh lipat, masukkan kepala tu dalam kotak. So jimat space dan tak berbahaya.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pernah tgk masa kat umah arwah tok...lain dah design ek...tapi ayu mmg x reti guna kang kena tangan...zaman sekarang rasa ramai tak kenal dah benda ni

kasihredha said...

arwah tok..selalu guna ni(koran..org ganu panggil). Kalau banyak...perah santan guna bangku yg kena duduk tu...dah lupa namanya pemerah kelapa tu :)
Zila beli kat mana? kalau ada pun akak nak beli...nostalgia gitu.

Chik Mimi said...

dulu kerja i ni ler sampai naik lenguh tangan hehehe tp best kan mcm kuda

Anawahid said...

pehhh.. akak mengukur lg ke kak... hehehe