Tuesday, June 21, 2011

Lempeng Telur Sambal Cumi

Sarapan apa ya hari ini?

Hari ini mood rajin tak berapa nak ada, even semalam pun masak simple saja untuk dinner. Saya ada beli sotong kecil atau saya gelarkan ia cumi, memang kecil, mungkin jenis atau mungkin ia anak anak sotong. Agak leceh masa nak siang, tapi kami suka masak sambal tumis. Kurang sikit liatnya kalau dibandingkan sotong besar kalau dibuat sambal. Tetapi bergantung pada selera masing masing la kan.
Jadi pagi tadi saya cuma buat lempeng telur dan cicah dengan lebihan sambal cumi malam tadi. Then minum susu kambing.....


Bahan bahan
130 gms tepung gandum
375 ml air
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning
Sedikit garam

Cara - cara
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk, gaulkan hingga sebati. Tuang ke dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Panaskan kuali non stick dengan api kecil, ambil sesenduk bancuhan dan tuang rata menjadi kepingan dadar yang nipis.
3. Biarkan ia masak sehingga sedikit keperangan. Angkat dan lipat ikut kreativiti masing masing.
4. Sedia untuk dinikmati dengan sambal cumi.

22 comments :

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

baru nak tanya cumi tue apa rupanya sotong kecil...akak minum ek susu kambing rasa mcm susu lembu x?sbb x pernah try pow...ayu hari ni bfast cucur jangung ngan nasik goreng jer :)

hazila said...

Ayu,
Susu kambing tu ada bau sikit compare tu susu lembu. Bagus untuk asma rasanya.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap sotong kecik2 tu.. tp nak menyiangnya tu tak tahan dok depan sinki berjam... huhu..

hazila said...

Madiha,
betul tu, tension sungguh sebab mau kejang kaki. hehhehehe....

Semut Merah said...
This comment has been removed by the author.
Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Aduh...simpan sikit meleleh air liur tenguk, lempengnya pula cantik bangat ...gorgeous....

Nobita Sensei said...

Rasa nak terkam je lempeng ni.

norhidana said...

lama sgt tak msk cumi2 ni... bt sambal sedap bt msk kicap pun best..comel2 je

CT Delima said...

as'salam Hazila

cumi ni masak hitam pun sedap kan. Tambah2 kalau kita campurkan denga kacang buncis..yummyy! kak ct suka dok meratah jerlah..hihih

Liz said...

nampak sedap saja makan cumi dgn telur...emmmm..

Yat Maria said...

Nasib baik tak terkeluar ayer lioq tadi...lagi sket arr nitis atas meja kat opis...muahahhahaa...zila kalo ai dtg umah u, wat kan ai exactly cam ni ek..

hazila said...

Kak Paty,
Thanks, bila lipat boleh sembunyikan "cacat" lempeng tu...

hazila said...

Nobita,
Jangan!!!!! Nanti terkena screen pulak. Habis muka yg come lote tu...

hazila said...

Norhidana,
Betul tu, kalau buat goreng asam pun ok juga.

hazila said...

Liz,
Betul tu. Kita yang buatnya jadi sedap ke tidak.

hazila said...

Yat,
you datang jauh jauh tak kan ai nak jamu lempeng je....

hazila said...

Kak CT,
Betul tu kak, habis dengan meratah je...

Jayanthy Kumaran said...

hy,
chanced upon your space while blog hopping..lovely blog you have..
yummy recipe collection with excellent clicks...
Am your happy follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite

fuzidss said...

nak cuba nii...kita archive ya..thanks

Liza @ Adzriel AB said...

cantik dan sedap kak.. liza suka mkn dgn kaya je.. suka manis2.

Sheila Shafeareen said...

salam sdp ni simple aje..sesuai buat bf

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya... terliur tgknya tau... sedapp