Friday, April 15, 2011

Menu Dinner Malam ni....

 Sotong Masak Kicap

Mesti ramai yang dah makan malam kan....
Hari ni kami makan awal sebab saya balik rumah awal, pukul 4 pm dah sampai rumah. Sebabnya semalam my husband pergi beli Exercise Bike jadi tengahari tadi diorang cakap nak hantar pukul 4 pm. Hari tu saya asyik cakap bila la nak kurus ni, asyik masak, makan, masak dan makan tapi exercise tidak juga. Asyik bertekad nak berjongging tapi biasalah bila MALAS yang seberat 1 tan duduk atas kepala. Tambah kalau dah start mengadap TV atau laptop.....

Jadi my husband belikan Exercise Bike tu, katanya masih boleh exercise sambil tengok TV. Jangan hangat hangat tahi ayam sudahlah....

Manu malam ni Sotong Masak Kicap dengan Ikan Tetuka Bakar cicah Air Asam....


Tetuka bakar & Air Asam

No comments :