Sunday, April 3, 2011

Ayam Masak Kicap

 
Minggu ini saya tak ke pasar mencari barang basah. Jadi cari apa yang ada dalam esbok untuk masak lunch hari ni. Kebetulan semalam Sabtu, lepas habis kerja saya dan suami pergi melawat anak kawan yang kena Denggi Berdarah di DEMC. Lepas habis melawat, kami terus makan dulu sebelum balik rumah.

Malam pun saya tak masak sebab malam tadi ada jemputan Majlis Resepsi Perkahwinan kawan suami saya di Dewan Seri Endon Putrajaya. Ini merupaka perkahwinan keduanya selepas kematian isteri akibat kanser tahun lepas. Pengantin lelaki berumur lebih kurang 47 tahun dan pengantin perempuan rasanya akhir 20 an atau awal 30 an. Kebanyakan tetamu ialah golongan veteran terdiri dari Tan Sri, Datuk Sri dan VIP. Salah seorang tetamu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Khalid Samad. Kebetulan kami menaiki lif yang sama dan duduk di meja yang bersebelahan. Bila kebanyakan tetamu terdiri dari veteran, terpaksalah akak jadi perempuan melayu terakhir......

Selamat Pengatin Baru buat Dato' Ir. Adi Azmari dan Datin As-Syura Geoffery, semuga berkekalan hingga ke akhir hayat.

No comments :