Sunday, October 3, 2010

Stir Fry Prawn Ala Thai


Second dish ialah stir fry prawn ala Thai. Pernah nampak ika masak resepi ni.Saya ubahsuai sikit.

Bahan bahan
4 ekor udang bersaiz besar
2 batang serai
5 batang cili padi
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 helai daun limau purut
1 tangkai daun kari
1 sudu teh gula kabung
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
sedikit nampla

Cara cara
1. Tumbuk serai, cili padi,bawang putih dan halia hingga lumat. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan udang, balik balikkan udang biar masak sekata.
4. Masukkan daun kari, daun limau purut, sos nampla dan gula kabung. Sesuaikan rasanya. Gaul sekata dan goreng hingga udang masak.
5. Sedia untuk dinikmati panas panas.


3 comments :

Amir Said said...

wah sedapnya.... gula kabung tu gula melaka ke?

hazila said...

Amir,
Bukan, gula kabung yg saya guna biasanya org siam guna buat somtam.

adad said...

jap2. nak kira brapa ekor udang tu. nama jiya mesti ada kat udang tu. kalo tadak.. jiya nak satu pinggan udang :P