Sunday, October 10, 2010

Rojak Tauhu


 Dah beberapa minggu saya asyik terfikir nak makan rojak tauhu ni. Kadang kala dah beli semua bahan tapi sebabkan malas nak buat, simpan je dalam peti ais. Ada kalanya dah bersemangat nak buat, ada program lain pulak. Akhirnya hari ni menjadi juga, kalau tak tak tau la bila pulak nak buat. Minggu ni saya sibuk dengan perjumpaan semula dengan kawan kawan masa kerja dulu dan juga kawan kawan masa high school. 

Bayangkanlah dah hampir 21 tahun tak pernah bertemu, bila bertemu macam macam cerita keluar. Itupun ada yang tak dapat join sebab lambat diberitahu. Lepas ni kena buat gathering lain untuk sambung balik cerita yang tegendala semalam tu...


Pernah buat dulu, rasanya tahun lepas. Tapi kali ni saya tambah bahan lain sikit.

Bahan bahan

2 keping tahu biasa
1/2 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
50 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
2 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
100g kacang tanah*
2 camca besar gula melaka*
3 camca besar kicap pekat*
1 sudu kecil jus lemon / cuka
1 sudu kecil prawn paste / otak udang ( ini saya tambah)
Sedikit air*(*bahan sos kacang)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera

No comments :