Thursday, October 7, 2010

Makan, makan dan makan lagi....

Gambar pinjam dari Google.


Sehari dua ni saya agak sibuk dengan kerja dan juga jemputan rumah terbuka especially kawan kawan lama. Hari Selasa lepas, dapat jemputan dari kawan yang sama sama bekerja dulu. Habis kerja, terus pergi, jumpa ramai kawan kawan yang dah bertahun tahun tak jumpa, rasanya almost 6,7 years tak pernah bertemu walaupun masing masing duduk kat Shah Alam je. Punya syiok berboraka dari pukul 6 sampai pukul 9.30 malam. My husband dua tiga kali hantar sms tanya bila nak balik. Amboi, pantang bagi peluang berpoya poya, isterinya dah lupa diri. hehehehe...sesekali kan.

Hari ni, ada jemputan Open Office cum Opening Ceremony dari jiran sebelah ni. Makan gambing golek, nasi bariani, mee rebus, mee kari, kuih muih, ais kacang, cendol dan entah apa lagi, sebab tak larat nak pergi pusing pusing tengok apa yg ada. Saya sedang tersandar kekenyangan..... dan membolatkan badan yang sedia ada.

No comments :