Tuesday, September 28, 2010

Rendang Ayam Kampung



Semalam, tekak terasa rasa nak makan rendang ayam dengan nasi impit. Ye lah kan, masih dalam mood berhari raya. Kebetulan hari tu my husband nak makan ayam kampung, saya beli seekor. Saya cuma buat ayam goreng je untuk my husband, yang balance tu saya buat Rendang ayam. Fuhhh mahal juga ye harga ayam kampung ni. Tapi kalau nak buat rendang, bagus guna ayam kampung sebab ia tak mudah hancur. This is Rendang Ayam my style....

Bahan bahan

1/2 kilo ayam kampung ( lebih kurang )
2 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
2 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai *
4 batang cili padi -lebihkan kalau suka pedas *
4 sudu makan cili kering yang telah dikisar
1 sudu makan kerisek
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Cara cara

1. Kisar bahan bertanda * hingga menjadi paste. Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, cili kering kisar dan santan cair. Kacau biar sekata dan biarkan ia mendidih.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai, santan pekat, garam, gula, asam keping, daun limau purut dan daun kunyit.
3. Api jangan terlalu kuat, renehkan hingga ayam masak. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air, bergantung pada kepekatan yang disukai. Masukkan kerisek dan gaul sekata.
4. Masak sehingga rendang pecah minyak. Siap dan bolehlah dihidang dengan nasi impit atau pulut kuning.

No comments :