Monday, September 27, 2010

Bingka Ubi Kayu


Beberapa hari lepas masa saya ke pasar, saya beli 1 tongkol ubi kayu, sebabnya masa bulan puasa hari tu my husband ada bersungut teringin nak makan ubi kayu rebus. Tapi dah bila dah beli, saya tanya nak makan ke ubi rebus ni? Tapi dia asyik kata biarlah dulu. Bila fikirkan kalau weekdays memang la tak sempat nak buat apa apa, saya decided nak buat bingka ubi kayu. Tapi hanya ada 1 tongkol, cukup ke? Takpelah, sebab baru nak mencuba, kalau tak jadi pun takdelah regret sangat sebab sikit je.

Bahan Bahan

1 1/2 cawan ubi kayu yang telah diparut
1/4 cawan gula
Sedikit garam
1 titik pewarna kuning
1/2 cawan santan
Minyak untuk menggris bekas

Cara-cara
  1. Saya tidak parut ubi, saya potong kecil kecil kemudian masukkan dalam blender. Masukkan sedikit air dan blend hingga halus. Masukkan ubi yg telah diblend di dalam kain muslin, gantung lebih kurang 1/2 jam.
  2. Tuang ubi yang telah ditapi tadi ke dalam mangkuk, masukkan gula, garam, pewarna dan santan. Gaul rata.
  3. Gris tin pembakar dengan minyak, tuang adunan tadi dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 45 minit pada suhu 170 darjah celcius.
  4. Setelah masak, tukar knob dari BAKE kepada GRILL, biarkan lebih kurang 5-10 minit untuk membentuk kerak di atas bingka tersebut.
  5. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum dipotong.

1 comment :

Mrs. Nurulazmi said...

Sedap tu! nanti kalu saya jumpa ubi kayu kat pasar, saya nak try resepi ni =)