Thursday, August 19, 2010

Menu Ramadhan ke 8


Dah beberapa hari asyik makan ayam, daging, ayam, daging..... Jemu juga sebenarnya. Tapi kalau my husband yang beli lauk kat Bazar Ramadhan, itu jelah yang dia nampak, sebabnya dia bukannya peminat Mr. Fish. So semalam masa dia tanya saya nak makan apa, saya cakap beli sikit dahlah, beli yang you terasa nak makan. Sebabnya saya nak makan ikan la pulak.

Mula mula nak masak ikan merah masak lemak, tapi terasa cam baru je makan masak lemak 2 hari lepas.Fikir fikir lebih baik masak yang simple dan cepat. 
Semalam saya balik awal, rasanya sampai rumah lebih kurang pukul 6 ptg. Jalan pun cantik, takde jem. Sampai rumah terus start memasak, elok siap je, saya pun beria ia nak shoot. Bawa la ikan kicap saya ni posing kat luar rumah, sebelum keluar tu siap pandang kiri kanan, teropong sana sini dulu. Yelah kan, tak pasal pasal orang ingat saya tak puasa la pulak. Pukul 6.45 ptg dah siap letak lauk dalam pinggan, cam dah nak berbuka la pulak.


Semalam buat 2 jenis air, sorang nak jus orange, sorang lagi nak jus tembikai. Ha apalagi, kenyang minum air je lah nampaknya.

3 comments :

Kerull said...

Salam Hazila..samalah semalam kita menu ikan gak..ikan tenggiri goreng jek..sbb tak tahu nak masak ape dah..baru bapa hari pose..idea dah tumpul ni..hu hu hu

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

terliur sudah..

Deliah's Deli said...

salam zila...ikan masak kicap tu mkn ngan nasi cenggitu je pun best!! *nak puding jagung berkuah kt bwh tu sy tunggu dpn simpang depan yerk :)