Monday, August 9, 2010

Hati dan Limpa Ayam Goreng bersama Asparagus

 
Dinner malam tadi semua berasaskan ayam. Mana tidaknya, hari tu saya beli ayam sekor, baru je masak sikit. Masih berbaki lagi tu. Bila bulan puasa nanti, selalunya saya jarang masak. Silap silap nanti semua masuk tong sampah pulak. Sayang, rezeki tu..
Patutnya Asparagus goreng bersama hati dan limpa tapi memandangkan asparagus tu cenonet je, yang banyak tu hati dan limpa.
Bahan bahan

Hati dan limpa ayam - dipotong kecil atau saiz yang sesuai
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah - dipotong serong
1 ikat baby asparagus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara menyediakannya

1. Tumbuh hancur bawang puttih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan hati dan limpa ayam, goreng hingga hampir masak. Masukkan sedikit air, kicap dan sos tiram. gul rata.
3. Perasakan dengan garam, masukkan baby asparagus dan cili merah. Balik balikan seketika,
4. Tutup api dan bolehlah diangkat.

1 comment :

Anonymous said...

Sukeeee jgk ehhehe : )