Tuesday, May 18, 2010

Roasted Potato


Malam ni pun tak masak dinner yang berat, my husband singgah pukul bola kat Driving Range. Nanti pukul 9 lebih baru balik. Saya dah pesan, minta dia makan dulu sebelum balik sebab saya malas nak masak nasi dan lauk pauk. Lagipun saya ambil lunch tadi dah hampir pukul 4 petang. So malam ni tak nak makan nasi.
My husband cakap kalau rajin dia makan dulu, kalau tak nanti dia beli bungkus bawa balik. So sementara tunggu dia balik, saya cuma buat roasted potato. Oven masih rosak dan belum dibaiki lagi, so saya buat roasted potato dalam microwave oven.

Bahan bahan

6 biji US Small Potato (kulitnya berwarna kuning pucat)
Sedikit gara
Sedikit minyak zaitun
1 sudu kecil dried english herbs
1/2 sudu kecil black pepper

Cara-cara
1. Basuh ubi kentang, jangan kupas kulitnya, belah 2. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
3. Alas mangkuk kaca atau roasting pan dengan aluminium foil.
4. Tuangkan ubi kentang tadi ke dalam mangkuk kaca tadi dan masukkan ke dalam microwave oven.
5. Tekan funtion "CONVECTION" dan kemudian tekan suhu 215 darjah Celcius, kemudian tekan START.
6. Biarkan hingga masak. Sesekali periksa jangan sampai kentang tadi hangus sebab saiznya agak kecil.

2 comments :

mummyseri said...

best tgk potato ni..da lama teringin nk msk cam ni..bolelah bikin bile2 ni :)

ummu said...

teringin lah nak cuba masakan ni.sedap kan.tq ya share kat sini.bolehlah saya mencubanya nanti