Sunday, February 28, 2010

SERIMUKA PELANGI


Hari ni merasmikan Food Steamer yang baru beli. So resepi pertama ialah Serimuka Pelangi. Nampak kat rumah ika, rasanya ika ambik kat rumak kak CT. Sorry la rupa serimka saya sememeh je, tapi rasanya sedap tau. Cewahhhh...puji diri sendiri la pulak.


Saya copy dari rumah kak CT. Halal ye kak....

SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan
Lapisan bawah

* 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
* 21/2 cawan santan cair
* 1 sudu teh garam
* sehelai daun pandan

Lapisan atas

* 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung kastard
* 2 cawan santan pekat
* 1 biji telur
* 3 sudu makan gula - gula kita lebihkan 41/2 sb
* sedikit garam
* pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)
Cara membuatnya:
1. panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat. (CT alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan nanti).
4. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Lapiskan dengan warna merah dan kukus selama 10 minit. Buat lapisan seterus nya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua adunan kukus selama 30 minit. Sejukkan betul2 baru dipotong.
10. Hidang kan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.

No comments :