Friday, February 12, 2010

Mashed Potato With Mushroom Gravy


Malam ni tayang menu orang diet la pulak. Asyik makan makanan yang berlemak dan berminyak je kan...

Petang tadi lepas membeli belah, my husband tanya nak makan apa untuk makan malam. Tapi lepas penat berfikir masih tak tau nak makan apa. Tengahari tadi membedal pizza liat tu, lepas tu lepas Jumaat, my husband ada perjumpaan Teh Tarik dengan kawan kawannya masa sekolah STAR Perak. So masih kekenyangan cuma perlu something untuk isi perut sebelum tidur.

Resepi asal saya ambil dari Majalah SEDAP cuma ada ubahsuai sikit mengikut apa yang ada kat dapur. Maklumlah nak cuti panjang, jadi malas nak simpan barang basah byk byk dalam peti ais.

Bahan Bahan

2 biji kentang Russet - kupas kulit dan rebus hingga empuk.
Sedikit Butter
Sedikit Susu segar
Sedikit garam jika perlu.

Cara cara

1. Lenyek kentang, masukkan butter dan susu segar. Gaul rata dan ketepikan.

Bahan bahan untuk Mushroum Gravy

6 kuntum cendawan shitake
Sedikit kicap
1 labu bawang besar - dimayang
1/2 biji tomato - dipotong dadu
Sedikit lada sulah
1 sudu makan sos tomato
Garam jika perlu
1 sosej - dihiris nipis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan tomato yg dipotong dadu. Kacau rata
2. Masukkan sosej, goreng seketika, masukkan cendawan. Masukkan sos tomato dan kicap serta lada sulah. Gaul sekata.
3. Masak seketika sehingga kuah agak pekat.
4. Letakkan mashed potato di dalam pinggan dan curahkan dengan mushroum gravy.
.

3 comments :

ijan said...

Menu sihat ni kak... kite suka la mushroom2 gitu :)

Love2cook Malaysia said...

Tempting tempting...it's healthy! :)

leen hussain said...

hazila...peberet gak ni mende2 yg gravy2 ni..heheee...nak try nanti lah...tenkiu for sharing...