Saturday, August 1, 2009

Watermelon Smoothie

Lunch hari ni tak masak yang berat berat sebab my husband nak pergi makan kenduri kat Seksyen 8, Shah Alam. Saya malas nak ikut, actually dia pun malas nak pergi tapi sebab kenalan lama. Kalau tak pergi rasa tak sampai hati, jadi pergi just nak tunjuk muka, kata my husband. Saya surug dia pergi awal awal tapi dia nak pergi pukul 3 pm. Sukahatilah labu....

Semalam beli tembikai, saya bekukan sikit sebab nak buat smoothie resepi dari Yani ni.... Jemput minum semua........

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500g tembikai
  • 200ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit hirisan tembikai utk hiasan
  • sedkit chocolate chips utk hiasan
  • Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.

Updated:-


My husband balik kenduri bawa balik ole ole kenduri sampai 3 beg. Saya tanya dia, ada lagi ke makanan kalau dah sampai tempat kenduri pukul 4 pm sebab tunggu kawannya dari Sri Kembangan, my husband kata ada lagi dan org pun masih ramai especially staff UiTM Shah Alam. Oh ya pengantin perempuan anak kenalan my husband dan staff UiTM Shah Alam.

4 comments :

kucingorengemok said...

ada lagi ke food kul 3? hehe...

hazila said...

hehehehe...dia pegi tolong basuh pinggan dan cuci kawah.

Anonymous said...

Walla canteknye watermelon smoothie tuh... nak satu!

hazila said...

cukup ke satu? Nanti yang kat dalam perut tu tak dapat nak rasa pulak....