Friday, August 21, 2009

Kuih Lopes

Sebelum ni malas nak buat kuih lopes sebab saya rasa agak merumitkan dan ambil masa yang lama. Yelah, nak rendam pulut semalaman, lepas tu nak kukus sampai 2 jam. Saya pulak jenis pelupa, takut selamba je keluar rumah sebab terlupa dok kukus pulut kat dapur. Tapi sejak 2 menjak dok rajin intai rumah kawan kawan bogger, bolehlah ambil ilmu sikit camne nak kurangkan masa nak buat kuih lopes ni. Saya dah cuba cara ni dan kuih tu turn out ok dan sedap dimakan.

Bahan bahan

2 pot Beras pulut
1 sudu makan air abu
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu
Kelapa parut
Garam
Gula kabung/melaka

Cara cara
  • Rendamkan pulut dengan air dan masukkan air abu. Biarkan selama 1 jam.
  • Cuci bersih beras pulut dan toskan.
  • Potong daun pisang kepada saiz yg sesuai.
  • Daun pisang dibuat kelongsong, masukkan beras pulut dan lipat daun pisang menjadi segitiga. Ikat dengan rapi supaya ikatan tak terbuka semasa proses merebus.
  • Buat sehingga semua pulut habis.
  • Masukkan semua pulut yg telah disi tadi ke dalam periuk tekanan (Pressure Cooker).
  • Masukkan air dan tutup. Ikut Manual Instruction PC masing masing.
  • Lebih kurang 20 min-25 min, kuih lopes akan masak. Angkat dan toskan.
  • Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Keluarkan kuih lopes dari daun pisang, salut dengan kelapa parut tadi.
  • Sedia dinikmati dengan air gula melaka/manisan.

Air Abu

6 comments :

its me said...

kak kalau takpakai air abu soda neh leh ker ganti air lain....mn lak eryn ank cr air yg mcm air bateri keter ni kak

hazila said...

hahahaha....habislah air bateri kete boy nanti. Boleh guna air kapur yg org India makan sirih pinang tu.

Nukilan ida said...

wow..mudahnya..
tapi saya nyer pokok pisang baru nak berpucuk..berdaun..hahaha

Anonymous said...

Air abu tak pernah dgr pulak... kalo rendam pakai air paip je jadik tak kak?

Anonymous said...

kak,air abu soda tu dibuat dari ape? macam abu mayat pulak -______-"

Lydia Miza said...

ala...mana nak cr air abu?