Monday, July 20, 2009

Teluk Batik


Lepas hantar sepupu my husband kat UiTM seri Iskandar, waktu tu dah hampir pukul 11 malam. My husband cakap dia dah tak larat nak drive balik ke Shah Alam, jadi kami decide nak cari tempat bermalam. Since dah dekat dengan Lumut, kami terus ke Teluk Batik. Main redah je, hopefully ada la bilik kosong. Tak risau sangat sebab bukan peak hour dan bukan weekend. Alhamdulillah, ada juga bilik kat Teluk Batik resort ni. Suasananya pun ok dan harganya pun taklah mahal sangat. Since my husband ada urusan, jadi takde kesempatan nak merayap kat tepi pantai, kami check out lebih kurang pukul 1o pagi.








Sempat singgah kat satu restoren, order teh ais. Sorry to saya, memang out rasanya. Mungkin tehnya atau susu tu hampir nak expired kot. Bila minum, rasa cam nak terkeluar balik. Nasib baik saya ada beli mineral water.


Kebetulan dia kata ada jual Mee Udang, since kami tak pernah rasa bagaimana rasa Mee Udang Kuala Sepetang, jadi tak boleh nak compare sedap ke tak. Tapi alhamdulillah, rasa mee ni tidak mengecewakan. Habis juga semangkuk saya balun.

No comments :