Wednesday, July 8, 2009

Reflexology


Dah lama saya teringin nak buat reflexology atau urut tapak kaki ni. Tapi asyik tertangguh je sebab saya ni tergolong dalam kategori penggeli. Pantang sungguh kalau tapak kaki saya dipegang, memang meremang bulu roma ku. Tambahan pula my husband asyik cakap sakit sangat.
Tapi hari ni nekad nak mencuba memandangkan kaki saya ni rasa sengal sengal je, jadi lunch hour tadi saya pergi mencuba yang 40 minit treatment. Awal awal lagi saya dah inform yang saya ni takut sakit dan penggeli. Tukang urut tu cakap, takpe kita buat perlahan lahan.
Frankly speaking, memang terasa sakit juga dan ada kalanya rasa cam nak "tendang" je tukang urut tu. Mengerekot muka saya menahan kesakitan, tapi bila dah selesai cam rasa best gak sesekali buat reflexology ni. Mungkin next time nak buat lagi kot.....

No comments :