Monday, June 8, 2009

Balik Kampung


Sempena cuti YG Dipertuan Agong pada hari Sabtu lepas, saya dan suami balik kampung.
Punyalah teruk jem kat Tol Gombak disebabkan sebelah lorong ditutup untuk dibaiki. Masa nak balik Shah Alam pun teruk jem. Biasa ambil masa lebih kurang 3 jam setengah perjalanan, dah jadi hampir 5 jam. Sebenarnya takde plan pun nak balik kampung sebab masih keletihan, last week dah balik Perlis tapi kebetulan my sister yang tinggal kat Terengganu pun balik rumah my parents, bawa her new born baby, kenalah balik juga. My sister dah ada 3 orang anak perempuan dan yang ini merupakan anak lelaki pertama dan cucu lelaki pertama my parents. Apalagi, sukalah my parents asyik dok kerumun baby tu sampai takleh nak tidur. Since dia pun selamat lahirkan baby dan semua adik beradik ada kat kampung, my mom pun buatlah kenduri pulut kuning dan rendang ayam sikit. Punyalah exited nak ambil gambar makanan, sekali bila on camera, tengok SD card takde. Rupa rupanya SD card saya ada dalam laptop. So pagi Ahad keluar pekan cari SD card baru, then baru boleh ambil gambar baby.



My new nephew, baru berusia 34 hari.

Saya cuma sempat belikan kerusi yang color hijau tu.

1 comment :

AzMaslenda said...
This comment has been removed by the author.