Tuesday, April 21, 2009

Udang Pedas Kari Ala Thai


Bahan bahan

300 gms udang - dibersihkan dan ditos
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
3 biji cili merah *
5 tangkai cili kering *
10 gms kulit limau purut *
30 gms serbuk kari
20 ml air - lebih kurang
2 sudu makan susu cair
1 sudu makan sos ikan
Garam secukup rasa

Cara cara
  • Udang digoreng separuh masak. Ketepikan.
  • Kisar bahan bertanda *. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari, gaul rata dan biarkan hingga masak.
  • Masukkan air dan sos ikan, kacau rata.
  • Masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih. Masukkan udang dan kacau rata. Boarkan seketika dan bolehlah diangkat.

No comments :