Thursday, April 16, 2009

Loh See Fun

Asyik makan nasi jer, jadi malam ni tukar selera sikit. Kita makan Loh See Fun my stail.

Bahan bahan

450 gms mee beras- ada dijual dipasaraya ( Packet tulis Laksa Pendek)
1 genggam taugeh - kalau suka byk letak byk
3 ulas bawang putih - dikisar
100 gms isi ayam - dipotong dadu

Bahan Perencah

1 sudu kecil serbuk pati ayam
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap cair

Cara cara
  • Celur mee beras seketika dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan isi ayam dan biarkan ia masak seketika.
  • Kemudian masukkan perencah dan biarkan ia mendidih.
  • Setelah itu masukkan mee beras dan taugeh. Gaul rata hingga masak.
  • Sedap dimakan bersama cili jeruk.

No comments :