Thursday, February 26, 2009

Udang Bercili Kasturi

Tengok dalam esbok ada udang 6 ekor yg tinggal, tapi teringin nak cuba resepi Kak Ummi ni. Jadi saya adjust bahan ikut kesesuaian. Maklumlah udang yg ada pun cenonet jer. Tapi saya kopipes resepi Kak Ummi dari MyR. Thanks ya kak.

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1/2 kilo udang sederhana besar
1 batang serai - diketuk
3 biji limau kasturi - diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kasar Sedikit:-
6 biji cili merah (buang bijinya)
5 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara
  • Bersihkan udang dan gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar. Perlahankan api dan kacau hingga cili naik minyak dan garing sedikit.
  • Masukkan serai dan sedikit air. Masak sebentar biar agak kering dan serai layu.
    Masukkan garam dan sedikit gula.
  • Masukkan udang dan kacau rata dengan cili.
  • Tutup api dan masukkan jus kasturi dan kacau rata. Hidangkan.

2 comments :

Datin El said...

hazila nampak sedap udang ni bolelah el cuba nanti..

hazila said...

Rasanya ada sedikit kelainan sebab limau kasturi tu.