Sunday, February 8, 2009

Salmon Steak


Memandangkan hari ni dok kat rumah sorang sorang, rasa malas sangat nak masak beria ia. Tengok dalam esbok ada sekeping ikan salmon, terus buat steak makan ngan nasi dan asparagus.

Bahan-bahan
1 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
nasi putih
Asparagus - dicelur seketika
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara-cara
  • Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
  • Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Ketepikan.
  • Ambil asparagus yang telah dicelur tadi dan gorengkan sebentar di dalam bekas minyak gorengan ikan salmon tadi. Pastikan minyak tidak terlalu byk dan goreng hanya sebentar.
  • Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.Letakkan asparagus sekali.

No comments :