Sunday, February 1, 2009

Coffee Jelly

Ambil resepi dai Yani @ MyR.

Bahan-bahan

Coffee Jelly
5 sudu besar gula
6g gelatin+ 2 sudu besar air
2 sudu besar instant coffee
1 1/2 cawan air

Milk jelly
1 cawan susu segar
1/2 cawan fresh cream
3 sudu besar gula
sedikit esen vanila
4g gelatin + 1 sudu besar air

Cara-cara

Coffee Jelly:- Masukkan coffee, gula dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yg telah dicampur dengan 2 sudu besar air. Kacau sehingga gelatin larut.
Padamkan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan sehingga hampir keras. Lepas tu bolehlah sediakan milk jelly.
Milk Jelly:- Masukkan susu, fresh cream, gula dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yang telah dicampurkan dengan air.
Padamkan api. Kacau biarkan haba keluar. Lepas tu bolehlah tuang ke atas coffee jelly tadi.

No comments :