Tuesday, February 17, 2009

Asam Pedas Siakap

Beli ikan siakap ni dah beberapa hari, mula ingat nak buat siakap sos thai tapi asyik bertukar mood jer. Lastly buat asam pedas jer. First time guna ikan siakap ni, selalunya guna ikan tenggiri atau kembung. Sedap gak guna siakap buat asam pedas.

Bahan bahan

1 ekor ikan siakap bersaiz kecil - dicuci dan tos
10 cili kering *
2 cm halia *
2 cm kunyit hidup *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Sedikit belacan *
Air asam jawa
daun kesum
Bunga kantan
Kacang bendi
Garam dan bahan perasa
Air secukupnya.

Cara-cara
  • Kisar bahan yang bertanda *. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik baunya.
  • Masukan air secukupnya dan air asam jawa. Kacau rata.
  • Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  • Kemudian masukkan kacang bendi, perasakan dengan garam dan bahan perasa jika suka.
  • Apabila mendidih bolehlah diangkat.

No comments :