Friday, January 9, 2009

Roti Berlapis Daging


2,3 hari ni memang agak sibuk sikit. Sampai rumah dah hampir pukul 8 pm, nak masak pun fikir panjang gak. Jadi masak yg simple jer hanya untuk alas perut. Malam tadi, internet pulak ada problem, tak sempat nak merayap ke rumah kawan kawan yang lain. Sempat buat Roti berlapis daging ni dari resepi Kak Umi-e, MyR. Sedap tau...

Bahan-bahan

3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
  • Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam.
  • Satukan Susu+telor+secubit garam.Pukul susu+telor+garam hingga sebati .
  • Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi .Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
    lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
  • Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti .
  • Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
    Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
    Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat.

No comments :