Thursday, January 29, 2009

Puding Kukus Strawberry & Laici


Beberapa hari ni memang cuti masak betul. Dengan kerja yang banyak tambah dengan tahap kemalasan yang agaak tinggi, semua bercampur aduk. Semalam sampai rumah dah hampir pukul 8 malam, nasib baik my husband dengan rela hati nak beli makanan kat luar. Jadi sebelum dia balik, sempat buat puding kukus ni, memandangkan roti memang tinggal 4 keping je. Resepi pernah buat sebelum ni dan ambil dari MyR. Dulu buat ok sikit, tapi kali ni puding roti kat bawah tu terlembik sikit. Tak boleh potong, jadi kena makan dengan sudu ler jawabnya.

No comments :