Wednesday, January 14, 2009

Cherry Blossom Pudding

Malam ni cuba buat cherry blossom pudding, resepi dari sunkist @ MyR. Tapi takde stok cherry, so saya tak letak. Saya kopipes dari resepi asal.

Bahan-bahan

10gm agar-agar (strips)
10 biji buah laici (dlm tin)
21/4 cwn air
1 cwn sirap buah laici (air buah laici yg di dlm tin)
Gula secukupnya (sy letak 2/3 cwn)
sedikit pewarna merah (optional) (sy guna pewarna merah ceri Nur)
ceri merah - dipotong dua

Cara-cara
  • Rendam agar agar selama lebih kurang 1 jam.
  • Gunting buah laici sehingga menjadi bentuk bunga.
  • Kemudian, cairkan agar-agar dgn air dan sirap buah laici diatas api.
  • Tambah gula secukupnya. Titiskan sedikit pewarna merah jika mahu.
  • Bila agar2 sudah cair, angkat dan tapiskan agar2.
  • Tuangkan sedikit agar-agar ke dlm acuan agar agar. Kemudian letakkan laici yg telah digunting bentuk bunga tadi & ceri merah ditengahnya.
  • Tuangkan lagi agar-agar sehingga penuh. Kemudian, boleh disejukkan.

No comments :