Saturday, December 6, 2008

Roti Nasi

Akhirnya berjaya juga membuat roti nasi ni. Bukannya apa, byk sangat waiting list sampai tak tau mana nak buat dulu. Resepi dari Onigiri@MyR. Memang gebu roti ni dan my husband pun cakap sedap, tambahan bila celup dalam air kopi sambil tengok tv.

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara
  • Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  • Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
    masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  • Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
    kemudian terap doh memanjang dan lipat 3, letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  • Keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.

No comments :