Wednesday, December 24, 2008

Lepat Liat Lemak

My first attempt buat lepat liat ni. Sukan makan walau kadang kala terseksa gak jiwa dan raga. Buat sebahagian dari adunan yg saya ambil dari Maksu Om @ MyR. Saya berikan resepi asal.

Bahan-bahan
5 cawan tepung pulut
2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
1/2 cawan gula merah
8-10 sudu makan gula pasir
1/2 sudu garam
daun pisang secukupnya untuk balut.

Cara-cara
  • Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
  • Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
  • Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
  • Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang.
  • Lipat macam tepung bungkus. Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
  • Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.

No comments :