Sunday, December 14, 2008

Dalca Ayam

Mula mula nak makan dalca ni dengan nasi minyak, tapi my husband tak berapa suka. Jadi makan dengan nasi putih je lah. Resepi dari Majalah Nona. Seperti biasa, saya buat sebahagian saja daripada resepi asal.

Bahan-bahan

1 ekor ayam
2 sudu makan rempah kari ayam - perap bersama ayam
500 gms kentang - dibelah 4
300 gms lobak merah - dipotong kecil
250 gms terung - dipotong memanjang
1/2 cawan santan pekat
8 biji tomato - dibelah 2
4 batang kacang panjang - dipotong 2 cm
2 sudu besar air asam jawa

Bahan Tumis

2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari
3 biji lada merah - dibelah 2
3 tangkai lada hijau - dipotong memanjang
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Dhal

250 gms dhal - direndam selama 1-2 jam, kemudian dicuci dan tos
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu teh halia kisar
7 cawan air
6 cm kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara
  • Panaskan periuk dan tumis bahan bahan tumis hingga naik bau.Masukkan semua bahan dhal ke dalam periuk dan masak selama lebih kurang 20 minit.
  • Masukkan ayam yang telah diperap,lobak merah dan kentang. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih, kacau dan masak lagi lebih kurang 10 minit.
  • Apabila lobak dan kentang telah empuk, masukkan terung dan kacang panjang.
  • Kemudian masukkan santan, asam jawa dan garam secukup rasa. Masak seketika.
  • Masukkan tomato dan biarkan kira kira 2 minit dan bolehlah ditutup api.

No comments :