Thursday, December 11, 2008

Cream Puff

Buat untuk minu ptg tadi. Percubaan pertama,byk yg perlu diperbaiki lagi. Resepi dari Yani@MyR.

Bahan-bahan ( 10 biji )

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur

Cara-cara
  • Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  • Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang .
  • Anggaran diameternya ialah 5cm.
  • Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  • Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.
  • Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

No comments :