Thursday, December 18, 2008

Choc Egg Pudding

Resepi dari Kak Fida dari MyResepi. Memang senang nak buat dan bahannya tak susah. Sebelum ni nampak kat rumah Hana dan baca komennya pasal serbuk koko, so saya kurangkan 1 sudu makan serbuk koko.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

250 ml susu segar
2 sb serbuk koko
3 sb gula halus
2 biji telur
mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin

Cara-cara
  • Panaskan kukusan.
  • Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
  • Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
  • Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 20 min atau hingga masak.
  • Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
    ***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong.

No comments :