Monday, December 1, 2008

Apple Crumble


Dah lama tak buat dessert, cari cari dalam MyR, nampak resepi Apple Crumble dari Newbie. Nampak cam senang jer dan bahan bahannya pun ada kat dapur. My verdict....sedap.
Bahan bahan

3 biji apple hijau Granny Smith
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula (campur gula putih dan perang)
1/4 cawan gula putih
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan tepung

Cara-cara
  • Panaskan oven 180 darjah. Kupas apple, buang bahagian tengah dan potong dadu. Gaulkan dengan 1/2 cawan gula, serbuk kayu manis, dan masukkan kedalam acuan.
  • Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Untuk memudahkan kerja, potong butter kecil-kecil sebelum digaulkan.
  • Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.

No comments :