Sunday, November 23, 2008

Triffle

Hari ni hari mengemas rumah, lepas my husband keluar gi kerja, saya start mengemas dan buat laundry. Pukul 11.30 am, my husband call ajak lunch kat luar. Bila lepas lunch ngendeng ajak gi shopping. Pukul 3.3o pm my friend call nak datang rumah pukul 5 pm sedangkan saya baru on the way nak balik rumah. Alahai apa nak jamu kat tetamu yg datang ni.....
Sampai rumah, belek belek apa yang ada, jumpa 1 tin fruit coktail. So yang paling mudah dan cepat buat triffle dan goreng bihun. Apa nak buat, last minute menu....

Bahan bahan

1 kek gulung
180 gms tepung kastad
200 gms gula
1000 ml air
250 ml susu cair
Sedikit garam
1 tin kecil buah buahan campuran
1 kotak instant jelly

Cara cara
  • Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah coktail. Ketepikan.
  • Masukkan kastad, gula dan susu cair dalam bekas.Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan air dan garam,kacau rata.
  • Masak adunan kastad di atas api sederhana. kacau sehingga pekat.
  • Tuang kasatd di atas kek tadi.
  • Taburkan buah buahan tanpa sirap. Biarkan seketika sementara memasak instant jelly.
  • Ikut arahan pada kotak jelly, setelah masak, tuang jelly ke atas puding kastad tadi dan sejukkan.

No comments :