Monday, November 3, 2008

Terung Goreng Sambal Belacan


Ingatkan nak takes my sweet times berkemas apa apa yg perlu, last minute sedara husband dari Perlis nak datang ke rumah. Dah kena rushing berkemas apa yg patut dulu. Hari Ahad pagi diorang keluar ke KL, tengahari bapa saudara my husband yg kat Gombak call nak datang pulak. Alahai apa pun takde kat rumah lagi,sebab belum sempat shopping barang dapur. Apalah yg nak dijamu pada tetamu nanti. My husband cakap, ala... jamu air ngan biskut 4 segi dah la. Diorang pun faham kita baru berpindah. So, saya suruh dia keluar cari apa yg patut, bila balik dia beli roti berinti coklat. Jadi tetamu yg datang mengejut makan roti cicah air jelah......
Malam tadi, malas nak keluar, godek godek peti ais ada 3 ketul terung. So, masak resepi simple bergantung apa barang yg ada kat dalam peti ais jer.
Bahan bahan
3 biji terung - dipotong dan dicuci.
5 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam
Gula
Cara cara
  • Terung digoreng separuh masak dan ketepikan.
  • Kisar semua bahan kecuali terung. Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak.
  • Masukkan terung, gaul sekata. Perasakan dengan garan dan gula.
  • Biarkan hingga masak.

No comments :