Sunday, November 30, 2008

Roasted Beef


Resepi ambil dari MyR, 14Sept. Tapi saya buat 1/2 dari adunan asal dan medium rare. Jadi saya copy paste je lah.
Bahan bahan

1 Kilo daging pinang
4 biji kentang
5 biji bawang besar
serbuk lada hitam
sedikit garam
olive oil
1 buku butter (potong kepada kepingan)
minyak masak

Cara-cara
  • Daging dibersihkan dan tos. Kemudian sapukan seluruh permukaan daging dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  • Bawang besar dibelah separuh kepada 4 bahagian (jangan sampai bawang terbelah habis) agar masak nanti berbentuk seperti bunga (seperti dalam gambar)
  • Kentang dibuang kulit dan dibelah 4. basuh dan toskan. kemudian gaul bawang besar dan kentang dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam .
  • Letakkan daging, bawang besar dan kentang kedalam loyang kemudian lumurkan dengan olive oil dan gaul sebati.
  • Tuangkan minyak masak sehingga separuh loyang dan letakkan butter ke atas permukaan.
  • Letakkan loyang ke dalam oven tray. Masukkan air panas/ suam ke dalam oven tray.
  • Bakar dengan suhu 200 degree selama 2 jam hingga 2 1/2jam atau sehingga masak/empuk bergantung pada oven masing². sentiasa balik balikkan daging setiap 15 -20 minit supaya daging masak rata.

No comments :