Thursday, November 13, 2008

Rebus Ketam

Dah beberapa hari my husband tak sihat dan tak lalu nak makan. So hari ni agaknya dia dah rasa nak makan, jadi dia mintak saya masakkan kari ketam. Tapi disebabkan dia belum betul betul sihat, saya suruh dia makan yang rebus jer. Walaupun kureng sikit.... dia terpaksa ikut gak.

Bahan bahan

2 ekor ketam - dicuci dan dipotong 2
1 batang serai
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugor
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
Garam
Air secukupnya

Cara-cara
  • Bawang merah,putih, halia dan kunyit di mayang halus.
  • Tumis bahan yg dimayang menggunakan sedikit minyak hingga kekuningan.
  • Masukkan ketam dan gaul sekata. Masukkan air secukupnya.
  • Masukkan serai dan asam keping dan cili merah yg dipotong serong.
  • Peraskan dengan garam dan biarkan ia mendidih. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

No comments :