Monday, September 15, 2008

Mango Pudding

Resipi dari Yani@MyR.

Bahan-bahan ( 150ml- 4 cups )

50ml susu segar
50g gula
1 1/2 sudu kecil gelatin + 1 sudu besar air
250g isi mango yg dah dikisar (puree)
50g plain yogurt
125ml whipping cream

Cara-cara
  • Masukkan serbuk gelatin ke dalam 1 sudu besar air. Kacau dan biarkan 10 minit. (Jgn masukkan air ke dlm serbuk gelatin utk elakkan gelatin dr berketul-ketul).
  • Panaskan susu segar dan gula sehingga gula cair. Jangan sampai mendidih. Sejukkan sekejap. Kemudian masukkan gelatin tadi . ( Ini utk mengelakkan gelatin tu dari berbau) Kacau sehingga gelatin larut.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam food processor/blander. Mix sehingga semuanya sebati.
  • Kemudian masukkan campuran gelatin dan susu tadi. Mix lagi.
  • Akhir sekali bolehlan tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mkn.
  • Sebelum hidang bolehlah dihiaskan dengan susu pekat dan juga mango yg dipotong dadu.

No comments :