Friday, August 1, 2008

Ayam Goreng Bersama Sos Oren


Resepi saya jumpa dalam majalah, not bad juga rasanya.

Bahan bahan

200 gms ayam dipotong dan dibersihkan
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan madu
Garam

Bahan sos

2 sudu makan pati oren
1 sudu makan sos plum
Sedikit gula

Cara cara

  1. Perapkan ayam bersama sama kicap, madu dan gula lebih kurang 30 minit. Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  2. Untuk sos, masukkan semua bahan di dalam bekas dan panaskan di atas dapur lebih kurang 3 minit.
  3. Sos boleh dituang diatas ayam sebelum dinikmati atau sebagai pencicah.

No comments :