Thursday, July 17, 2008

Puding Kiwi

Source dari Koleksi Resepi Majalah Jelita
Ada sedikit ubahsuai mengikut kesesuaian dan selera sendiri.

Bahan bahan

800 ml air
200 ml susu segar
200 gms gula
2 biji telur
2 sudu makan serbuk agar agar
Sedikit perasa pandan
Sedikit pewarna hijau
2 biji buah kiwi

Cara cara

  1. Kisarkan buah kiwi dan ketepikan.
  2. Panaskan air, susu segar,gula dan serbuk agar agar. Kacau hingga semua larut.
  3. Pukul telur dan masukkan perlahan lahan ke dalam NO.2, masukkan kiwi yg telah dikisar beserta dengan perasa pandan dan pewarna hijau.
  4. Masak hingga mendidih kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yg sesuai. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

2 comments :

Anonymous said...

Lawanya puding kiwi tu..love mould gitu ek..sayang nk makan..hehe sedap musim panas dapat ni kan..! Kiwi pun menyejukkan..nnt akak nk try!

hazila said...

Kak Ummi, resepi asal, letak potongan kiwi yg dikiub kat dalam puding. Tapi nanti puding tu ada rasa masam masam sikit. Mould tu beli kat Aisha Japan.