Saturday, June 28, 2008

Steam Tofu

Hari tu masa jalan jalan kat rumah Kak Jun, nampak dia buat tofu, memang menggoda betul. Saya guna beef instead of chicken sebab nak habiskan stok daging kat freezer. Tak perlu lauk lain dah, ratah je pun sodap.

Bahan bahan

1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai
Garam

Bahan seasoning

2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air

Cara cara
  1. Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
  4. Kacau, masuukan carot,cili merah dan daun kucai. Perasakan.
  5. Sedia dinikmati panas panas.

No comments :