Friday, June 27, 2008

Mushroom Soup

Semalam sempat buat Mushroom Soup untuk breakfast pagi tadi. Resepi ambil dari minami@MyR. Sedap cam kat pizza hut. Saya guna fresh mushroom instead of yg dalam tin tu.

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.

No comments :