Wednesday, April 2, 2008

Seafood Tom Yum


Dah agak lama tak buat tom yum. Selalunya kalau nak makan tom yum atau butter prawn, en. suami selalu bawa makan kat Restaurant Sri Pinang di Seksyen 15 Shah Alam. So far that 2 dishes ngam dengan selera dan tekak kami. Tapi hari tu jalan jalan kat internet nampak resepi ni, so nak cuba pulak. Boleh tahan le rasanya.....

Bahan Bahan

½ kg udang
1 ekor ketam
3 ekor sotong
Sedikit lala / kepah
4 ekor udang galah
6 cawan air
5 helai daun limau purut
3 batang serai- potong dua
3 cm lengkuas - dihiris
1 cawan cendawan tiram - dihiris
Jus dari 3 biji limau
¼ cawan sos ikan
2 sudu besar tom yum paste
2 tangkai pokok ketumbar- sekali dengan akar (dicuci bersih)
Beberapa biji cili padi - ikut kepedasan yg dikehendaki

Cara- Cara

  1. Udang dibuang kulit dan asingkan kepala. Rebus kulit dan kepala udang.
  2. Masukkan separuh daun limau purut yg telah disiat-siatkan,separuh serai yang telah diketuk dan separuh lengkuas.
  3. Biarkan mendidih seketika, tutup api. Setelah agak sejuk, blend seketika dan tapis.
  4. Didihkan stok tadi, masukkan paste tom yum, kemudian masukan seafood, cili padi,cendawan,serai,lengkuas,daun limau purut dan daun ketumbar (bersama akar).
  5. Jangan masak terlalu lama, perasakan dengan sos ikan, jus limau dan sedikit garam.
  6. Setelah masak bolehlah ditabur sedikit daun ketumbar dan dihidangkan.

No comments :